Penahanan bekas PM Pakistan Imran Khan di penjara dilanjut 2 minggu, kata peguam
Penahanan di penjara telah dilanjutkan sehingga 26 September.
Terkini
Penahanan bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan berkaitan tuduhan membocorkan maklumat sulit negara di penjara telah dilanjutkan dua minggu lagi, kata peguamnya hari ini.
“Tahanan penjara telah dilanjutkan sehingga 26 September,” kata peguamnya Naeem Panjutha dalam satu catatan di Twitter.
Khan telah dihumban ke penjara sejak awal Ogos, setelah disabitkan dengan tuduhan rasuah dan dijatuhi hukuman selama tiga tahun.
Mahkamah tinggi bulan lalu menangguhkan hukumannya, tetapi perintah reman awalnya dalam tahanan membabitkan kes bocor maklumat sulit negara menghalang dia dibebaskan.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.