Angka kematian akibat denggi di Bangladesh melonjak kepada 185
Sebanyak 2,293 kes denggi terbaharu termasuk 1,238 di Dhaka dilaporkan dalam tempoh 24 jam hingga 8 pagi waktu tempatan pada Isnin.
Terkini
Angka kematian akibat wabak denggi di Bangladesh meningkat kepada 185 setakat tahun ini, manakala kes dilaporkan mencecah 35,270, lapor Direktorat Perkhidmatan Kesihatan (DGHS).
Dalam 24 jam lalu, setakat 8 pagi waktu tempatan Isnin, DGHS berkata sembilan orang meninggal dunia akibat penyakit bawaan nyamuk itu, menjadikan jumlah kematian kepada 138 setakat bulan ini.
Menurut angka yang dilaporkan DGHS di bawah Kementerian Kesihatan, 27,292 lagi kes denggi direkodkan dalam tempoh 24 hari pertama pada Julai selepas 5,956 orang dijangkiti penyakit itu bulan lalu, lapor Xinhua.
Sebanyak 2,293 kes denggi terbaharu termasuk 1,238 di Dhaka dilaporkan dalam tempoh 24 jam hingga 8 pagi waktu tempatan pada Isnin.
Sementara itu, DGHS berkata sebanyak 27,622 pesakit denggi dibenarkan pulang ke rumah selepas menerima rawatan daripada pelbagai hospital di seluruh negara dari 1 Januari hingga 24 Julai tahun ini.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.