- Iklan -
Luar Sana

WHO gesa kerajaan sediakan pengawasan kepada individu berisiko gelombang panas

Penduduk yang menghidap penyakit kardiovaskular dan pernafasan, diabetes, wanita hamil, kanak-kanak serta gelandangan, dilihat paling terdedah kepada gelombang panas.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Pelancong duduk di tempat teduh untuk berlindung daripada pancaran matahari ketika gelombang panas melanda Palermo di Itali 19 Julai. Gambar: Reuters
Pelancong duduk di tempat teduh untuk berlindung daripada pancaran matahari ketika gelombang panas melanda Palermo di Itali 19 Julai. Gambar: Reuters

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam menggesa kerajaan dan pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan sistem pengawasan lebih kukuh untuk individu paling berisiko mengalami gejala teruk akibat gelombang panas yang membakar hemisfera utara. 

Penduduk yang menghidap penyakit kardiovaskular dan pernafasan, diabetes, wanita hamil, kanak-kanak serta gelandangan, dilihat paling terdedah kepada gelombang panas yang telah menghangatkan sebahagian Eropah, Asia dan AS minggu ini. 

"Kami sangat prihatin terhadap mereka yang paling terdedah. Dan jelas, gelombang haba boleh memburukkan lagi semua penyakit sedia ada," Maria Neira, pengarah kesihatan awam, alam sekitar dan penentu sosial jabatan kesihatan di WHO, memberitahu wartawan semalam. 

Walaupun fenomena cuaca El Nino dilihat sebagai punca gelombang haba tahun ini, pemanasan global telah memburukkan lagi isu tersebut, menyebabkan corak cuaca tidak menentu di seluruh dunia.

Meskipun ada yang berdepan gelombang panas, hujan lebat telah melanda wilayah tengah dan selatan Korea Selatan sejak minggu lalu manakala di utara India, banjir kilat, tanah runtuh dan kemalangan yang berkaitan dengan hujan lebat telah mengorbankan lebih 100 orang sejak bermulanya musim tengkujuh pada 1 Jun. 

"Dalam jangka sederhana dan panjang, kita perlu menyahkarbonkan masyarakat kita juga," kata Neira.