- Iklan -
Luar Sana

Kebakaran pusat jagaan orang tua Itali ragut 6 nyawa, lebih 60 penghuni cedera

Menurut laporan api berjaya dipadamkan dengan cepat tetapi mengeluarkan asap yang memabukkan ramai penghuni.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang pegawai polis berdiri di luar pusat jagaan orang tua selepas kebakaran yang mengorbankan enam penghuni, di Milan pada 7 Julai. Gambar: AFP
Seorang pegawai polis berdiri di luar pusat jagaan orang tua selepas kebakaran yang mengorbankan enam penghuni, di Milan pada 7 Julai. Gambar: AFP

Enam orang maut dan sekurang-kurangnya 68 cedera berikutan kebakaran semalaman di pusat jagaan orang tua di Milan, kata perkhidmatan kecemasan Itali hari ini. 

Jurucakap Perkhidmatan Bomba, Luca Cari mengesahkan angka kematian kepada Reuters, sambil mengatakan api berjaya dipadamkan dan punca kebakaran sedang disiasat. 

Beliau berkata tiga mangsa dikejarkan ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal, 15 mengalami kecederaan serius tetapi tidak mengancam nyawa dan kira-kira 50 cedera ringan. 

Datuk Bandar Milan, Giuseppe Sala, ketika ditemui pemberita di tempat kejadian, berkata api dipadamkan dengan cepat tetapi mengeluarkan asap yang menyebabkan ramai penghuni sesak nafas. 

Agensi berita Itali, memetik perkhidmatan kecemasan serantau, sebelum ini melaporkan bahawa 81 penghuni telah dimasukkan ke hospital, termasuk dua dalam keadaan kritikal. 

Menurut laporan media, kebakaran berlaku pada 11.20 malam pada Khamis di sebuah kemudahan di kawasan kejiranan tenggara Corvetto.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi