- Iklan -
Luar Sana

Unit Binance mohon batal pendaftaran sebagai pembekal perkhidmatan kripto di Cyprus

Pendaftar Cyprus membenarkan Binance menawarkan perdagangan, jagaan dan perkhidmatan lain dengan mematuhi peraturan anti-pengubahan wang haram dan anti-pembiayaan keganasan Cyprus, kata bursa itu.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Logo Binance dilihat dalam ilustrasi yang diambil pada 31 Mac. Gambar: Reuters
Logo Binance dilihat dalam ilustrasi yang diambil pada 31 Mac. Gambar: Reuters

Unit mata wang digital, Binance memohon untuk dikeluarkan daripada daftar penyedia perkhidmatan aset kripto di Cyprus, menurut laman web pengawal selia sekuriti semalam, tanpa memperincikan sebab permohonan itu. 

Namun, jelas apabila Binance memohon untuk membatalkan pendaftaran. 

Bursa terbesar di dunia itu, mengumumkan pendaftarannya dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus pada Oktober 2022. 

Sumber pengawal selia berkata bahawa Binance tidak pernah melancarkan perniagaannya di Cyprus.

Pendaftar Cyprus membenarkan Binance menawarkan perdagangan, jagaan dan perkhidmatan lain dengan mematuhi peraturan anti-pengubahan wang haram dan anti-pembiayaan keganasan Cyprus, kata bursa itu di laman webnya sebelum ini. 

Reuters cuba mendapatkan komen daripada Binance namun tidak berjaya.

Minggu lalu, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) menyaman Binance, pengasasnya Changpeng Zhao, dan pengendali bursa AS yang dikatakan bebas. 

Binance berkata ia berhasrat untuk mempertahankan dirinya "bersungguh-sungguh" terhadap tuduhan SEC itu.