- Iklan -
Luar Sana

Jepun syor pembaharuan undang-undang buruh elak kelahiran merosot, kata sumber

Pelan elaun kanak-kanak akan menggalakkan pemansuhan had pendapatan ke atas penerima, sambil menjelaskan bahawa elaun tersebut tersedia sehingga tarikh akhir 31 Mac selepas mencapai umur 18 tahun, meningkat daripada 15 tahun ketika ini.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita berjalan di sepanjang jalan ketika hujan petang turun di Tokyo pada 18 April 2022. Gambar: AFP
Seorang wanita berjalan di sepanjang jalan ketika hujan petang turun di Tokyo pada 18 April 2022. Gambar: AFP

Jepun berhasrat memperbaharui undang-undang buruh, memudahkan pasangan untuk bekerja dan berkongsi kerja rumah, dalam usaha untuk mengelakkan kemerosotan mendadak generasi muda negara itu menjelang 2030-an, kata tiga sumber kerajaan yang mempunyai pengetahuan mengenai perkara itu.

Perdana Menteri Fumio Kishida berkata Jepun yang menuju ke fasa negara tua mempunyai peluang terakhir untuk mengelakkan penurunan kadar kelahiran, yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan keselamatan sosial, sebelum tahun 2030-an sekali gus membawa kemerosotan golongan muda dalam populasi.

Kishida bersedia untuk mendedahkan versi terakhir polisi penjagaan kanak-kanaknya dalam sidang akhbar pada 13 Jun ini. 

Pembaharuan undang-undang buruh akan membolehkan pekerja memilih gaya kerja yang lebih fleksibel seperti cuti tiga hari seminggu, kata sumber kepada Reuters yang enggan namanya disiarkan kerana mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap dengan media.

Peraturan lanjut yang akan diterima pakai pada fiskal 2024 akan meletakkan had seragam pada kerja lebih masa. 

Pelan baharu itu juga bertujuan agar mereka yang terlibat dalam penjagaan atau menjalani rawatan kesuburan supaya dapat menguruskan waktu kerja dengan baik.

Pelan elaun kanak-kanak akan menggalakkan pemansuhan had pendapatan ke atas penerima, sambil menjelaskan bahawa elaun tersebut tersedia sehingga tarikh akhir 31 Mac selepas mencapai umur 18 tahun, meningkat daripada 15 tahun ketika ini. 

Draf pelan itu bertujuan untuk memperbetulkan lagi waktu bekerja yang panjang supaya kedua-dua ibu bapa dapat berkongsi kerja rumah tanpa membebankan ibu secara tidak adil. 

Lelaki yang bekerja berjam-jam secara tradisinya membentuk sebahagian besar tenaga kerja di banyak firma Jepun, tetapi penyokong pembaharuan mengatakan ini memaksa wanita untuk memikul bahagian yang tidak seimbang dalam kerja rumah. 

Reuters cuba menghubungi pegawai kerajaan untuk mendapatkan maklum balas namun tidak berjaya.