- Iklan -
Luar Sana

Penyeludupan dadah dari Myanmar meningkat, kata PBB

Wilayah sempadan antara Myanmar, Laos dan Thailand telah lama menjadi sarang pengeluaran dan pengedaran dadah haram, terutamanya methamphetamine dan candu.

AFP
2 minit bacaan
Kongsi
Timbunan methamphetamine haram sebelum dibakar semasa upacara pemusnahan bagi menandakan 'Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan dan Penyeludupan Dadah' Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Yangon pada 26 Jun 2021. Gambar: AFP
Timbunan methamphetamine haram sebelum dibakar semasa upacara pemusnahan bagi menandakan 'Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan dan Penyeludupan Dadah' Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Yangon pada 26 Jun 2021. Gambar: AFP

Rangkaian pengedaran dadah Asia giat menggunakan laluan laut untuk menyeludup methamphetamine keluar dari Myanmar dan meningkatkan pengeluaran ketamin ketika mereka berusaha mengembangkan perniagaan mereka, kata Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat. 

Menurut Pejabat PBB Mengenai Jenayah dan Dadah (UNODC) dalam laporan tahunannya, methamphetamine dari negeri Shan di timur laut Myanmar yang dilanda rampasan kuasa – pusat serantau bagi pengeluaran jenis dadah itu – diseludup menggunakan bot untuk mengelakkan rondaan lebih ketat di laluan darat melalui China dan Thailand.

Wilayah sempadan antara Myanmar, Laos dan Thailand telah lama menjadi sarang pengeluaran dan pengedaran dadah haram, terutamanya methamphetamine dan candu. 

Peningkatan rondaan dadah di wilayah Yunnan di barat daya China dan di sepanjang sempadan Thailand dengan Myanmar menyebabkan penurunan rampasan dadah oleh pihak berkuasa China dan Thailand pada 2022 apabila pengedar dadah beralih ke laluan alternatif maritim.

"Penyeludup meneruskan penghantaran dalam jumlah besar melalui Laos dan utara Thailand, tetapi pada masa yang sama mereka telah mendorong bekalan besar melalui Myanmar tengah ke Laut Andaman di mana nampaknya hanya sedikit yang melihat," kata wakil wilayah UNODC Jeremy Douglas. 

Laporan itu menandakan jumlah tinggi methamphetamine buatan Myanmar menuju ke Bangladesh dan India. 

Pakar kesihatan berkata penggunaan dadah boleh menyebabkan paranoia, halusinasi dan tingkah laku ganas dan mereka yang terjebak boleh mengalami psikosis. 

Polis di seluruh Asia Timur dan Tenggara merampas hampir 151 tan methamphetamine pada 2022, turun daripada rekod 172 tan methamphetamine yang dicatatkan pada 2021. 

Harga borong dan jalanan untuk methamphetamine di seluruh rantau jatuh atau kekal pada rekod terendah pada tahun 2022. 

“Rangkaian pemerdagangan serantau yang paling berkuasa mampu beroperasi dengan tanpa sebarangan halangan,” kata laporan PBB itu.

Penyelidik juga menunjukkan bukti bahawa rangkaian penyeludupan dadah sedang mencari cara mempelbagaikan apa yang mereka jual. 

Pada tahun 2022, pihak berkuasa di seluruh wilayah merampas rekod 27.4 tan ketamin, ubat bius yang disalahgunakan sebagai dadah – meningkat 167% pada 2021. 

"Penemuan siri makmal ketamin rahsia berskala industri, gudang pemprosesan, dan kemudahan penyimpanan di seluruh negara telah mencetuskan amaran di rantau ini," kata laporan itu. 

Penghantaran besar-besaran methamphetamine dan ketamin menunjukkan kumpulan jenayah terancang cuba menolak kedua-dua ubat itu sebagai pakej untuk meningkatkan permintaan untuk anestetik, menurut laporan itu.