Biden, pemimpin Kongres akan adakan rundingan lanjut isu had hutang, kata Rumah Putih
Presiden AS itu optimis mengenai rundingan untuk menaikkan had hutang.
Terkini
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan pemimpin Kongres akan bertemu pada Selasa untuk rundingan lanjut mengenai kenaikan had hutang, lapor Sputnik, memetik kenyataan Rumah Putih pada Isnin.
Terdahulu, Speaker Kevin McCarthy, dalam satu kenyataan berkata tidak ada kemajuan dalam rundingan sejak Biden dan empat pemimpin Kongres bertemu minggu lalu untuk memperbaharui perbincangan berhubung menaikkan had hutang.
Biden pada Ahad berkata beliau optimis mengenai rundingan untuk menaikkan had hutang, tetapi McCarthy keesokan harinya memaklumkan kepada media bahawa perbincangan tidak berlangsung dengan baik.
Bagaimanapun, Biden dan pemimpin minoriti Senat Mitch McConnell mengeluarkan kenyataan berasingan minggu lalu untuk memberi jaminan kepada rakyat AS bahawa Amerika Syarikat tidak akan gagal membayar hutang negara.
Rumah Putih dan Republikan di Kongres terbabit dalam pertikaian mengenai perjanjian yang akan mengelakkan kegagalan kerajaan membayar hutangnya yang tidak pernah berlaku sebelum ini seawal Jun.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.