Tentera Ukraine dakwa berjaya musnah 35 dron dilancar Rusia
Semua dron itu adalah jenis Shahed buatan Iran.
Terkini
Komando tentera tertinggi Ukraine mendakwa anggota tenteranya berjaya memusnahkan semua 35 buah dron jenis Shahed buatan Iran yang dilancarkan Rusia semalaman pada sasaran berbeza di seluruh negara.
“Persekutuan Rusia (juga) melancarkan 16 serangan peluru berpandu malam tadi, khususnya di bandar Kharkiv, Kherson, Mykolaiv dan wilayah Odesa,” kata Staf Am Angkatan Tentera Ukraine dalam kemas kini hariannya.
Beliau menambah, 61 serangan udara dan 52 serangan daripada sistem tembakan salvo roket berat telah dilancarkan beberapa hari lalu ke atas kedudukan tentera Ukraine dan kawasan berpenduduk.
"Malangnya, terdapat orang awam yang maut dan cedera, bangunan tinggi, rumah persendirian dan infrastruktur awam lain telah rosak," katanya.
Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan laporan itu.
Dalam pada itu, Datuk Bandar Kyiv Klitschko berkata bahawa sekurang-kurangnya lima orang cedera di ibu negara tersebut di tengah-tengah kerosakan yang dilakukan ke atas bangunan dan infrastruktur.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.