Biden gesa kongres haramkan senjata api susulan insiden tembak pasar raya Texas
Lapan orang dilaporkan terbunuh dalam kejadian tembak di sebuah pusat membeli-belah di bandar Allen, Texas.
Terkini
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Ahad menggesa Kongres meluluskan rang undang-undang yang mengharamkan senjata api selepas insiden tembakan terbaharu di Texas, lapor Agensi Anadolu.
“Sekali lagi, Kongres mesti menyerahkan kepada saya rang undang-undang yang mengharamkan senjata api dan magazin kapasiti tinggi.
“Menggubal pemeriksaan latar belakang, penyimpanan selamat dan menamatkan imuniti buat pengeluar senjata maka saya akan tandatanganinya segera. Kita perlu pastikan persekitaran ini selamat,” kata Biden di Twitter.
Lapan orang terbunuh dalam kejadian tembak di sebuah pusat membeli-belah di bandar Allen, Texas, kira-kira 48.2 kilometer (30 batu) di utara Dallas pada Sabtu.
Lelaki bersenjata itu mati ditembak oleh seorang pegawai polis
Sekurang-kurangnya tujuh lagi mangsa berusia 5 hingga 61 tahun dimasukkan ke hospital akibat kecederaan. Tiga daripada mereka dalam keadaan kritikal manakala empat lagi stabil, menurut pegawai.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.