- Iklan -
Luar Sana

21 terkorban bot bawa pelancong karam di Kerala, India

Kebanyakan mangsa adalah penduduk tempatan, menurut laporan media tempatan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota pasukan penyelamat mencari mangsa yang terselamat selepas sebuah bot karam di di negeri Kerala di selatan India, 7 Mei. Gambar: Reuters
Anggota pasukan penyelamat mencari mangsa yang terselamat selepas sebuah bot karam di di negeri Kerala di selatan India, 7 Mei. Gambar: Reuters

Sekurang-kurangnya 21 orang termasuk wanita dan kanak-kanak, terkorban dalam kemalangan bot pelancong di negeri Kerala di selatan India pada petang Ahad.

Rumah bot yang membawa kira-kira 40 penumpang, dalam perjalanan rekreasi apabila terbalik di luar bandar pesisir pantai Tanur di daerah Malappuram.

Kebanyakan mangsa adalah penduduk tempatan, menurut laporan media tempatan.

Angka kematian dijangkakan meningkat kerana masih ramai penumpang yang hilang.

Lima belas yang terkorban telah dikenal pasti, menurut menteri sukan negeri V. Abdurahiman yang menyelaras usaha menyelamat bersama menteri pelancongan PA Mohamed Riyas.

"Bot itu terbalik. Punca kejadian belum diketahui dan polis masih menyiasat,"  menurut Abdurahiman dipetik sebagai berkata dalam satu laporan.

Kerajaan Kerala mengumumkan Isnin akan disambut sebagai hari berkabung di negeri itu sebagai tanda penghormatan mereka yang kehilangan nyawa dalam tragedi itu.