- Iklan -
Luar Sana

Myanmar beri pengampunan kepada lebih 2,000 banduan

Tahanan yang diberi pengampunan itu, terdiri mereka yang disabitkan kesalahan menghasut di bawah Seksyen 505 (a) Kanun Keseksaan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Lebih 21,000 orang telah ditangkap sejak tentera menggulingkan kerajaan Aung San Suu Kyi, menurut kumpulan pemantau tempatan. Gambar: AFP
Lebih 21,000 orang telah ditangkap sejak tentera menggulingkan kerajaan Aung San Suu Kyi, menurut kumpulan pemantau tempatan. Gambar: AFP

Majlis Pentadbiran Myanmar pada Rabu memberi pengampunan kepada 2,153 tahanan sempena sambutan Hari Wesak, lapor Xinhua.

Tahanan yang diberi pengampunan itu, terdiri mereka yang disabitkan kesalahan menghasut di bawah Seksyen 505 (a) Kanun Keseksaan. 

Seksyen 505 (a) Kanun Keseksaan melarang menimbulkan ketakutan, menyebarkan berita palsu dan menghasut kesalahan jenayah secara langsung atau tidak langsung terhadap kakitangan kerajaan.

Pembebasan tahanan pada Hari Wesak, adalah untuk ketenangan fikiran rakyat dan atas dasar kemanusiaan,  menurut majlis itu.

Pada 17 April, Myanmar memberi pengampunan lebih 3,000 banduan bersempena sambutan Hari Tahun Baru.