- Iklan -
Luar Sana

AS rekod kadar terendah tabiat merokok

Bagaimanapun, penggunaan e-rokok pula semakin meningkat.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Tabiat merokok di kalangan orang dewasa AS telah berkurangan selama beberapa dekad, disebabkan oleh dasar kerajaan yang bertujuan untuk tidak menggalakkan penggunaan rokok. Gambar: Reuters
Tabiat merokok di kalangan orang dewasa AS telah berkurangan selama beberapa dekad, disebabkan oleh dasar kerajaan yang bertujuan untuk tidak menggalakkan penggunaan rokok. Gambar: Reuters

Amerika Syarikat (AS) merekodkan kadar perokok terendah dalam sejarah dengan hanya satu daripada sembilan orang dewasa di negara itu dilaporkan merokok pada 2022, demikian menurut data yang dikeluarkan semalam.

Tinjauan ke atas lebih 27,000 rakyat AS yang dijalankan tahun lepas oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mendapati penggunaan tabiat merokok terus menurun dan berada pada paras 11.3% pada 2022, berbanding 12.6% pada 2021. 

Sementara itu, penggunaan e-rokok meningkat daripada 4.7% kepada 5.9%. 

Pada 2020, 30.8 juta orang dewasa AS merokok, menurut anggaran CDC, dengan kadarnya ialah 14.1% di kalangan lelaki dan 11% di kalangan wanita. 

Tabiat merokok telah berkurangan di AS selama beberapa dekad, disebabkan oleh dasar kerajaan yang bertujuan untuk tidak menggalakkan penggunaan rokok, yang menyebabkan kanser dan penyakit kardiovaskular. 

Menurut CDC, meskipun tabiat itu menunjukkan penurunan, merokok kekal sebagai punca utama penyakit dan kematian yang boleh dicegah di AS.