- Iklan -
Luar Sana

Twitter terima 16,000 permohonan maklumat daripada lebih 85 kerajaan tahun lepas

Amerika Syarikat, Perancis, Jepun, Jerman dan India adalah lima negara teratas yang meminta data berkenaan sepanjang tempoh itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Logo Twitter di ibu pejabat korporatnya di San Francisco, California, 18 November 2022. Gambar: Reuters
Logo Twitter di ibu pejabat korporatnya di San Francisco, California, 18 November 2022. Gambar: Reuters

Twitter pada Selasa berkata ia menerima lebih 16,000 permintaan maklumat data pengguna daripada kerajaan di lebih 85 negara pada separuh pertama 2022 sahaja.

"Banyak mana maklumat yang diminta itu diberikan berbeza mengikut negara peminta," kata rangkaian sosial itu dalam kenyataan akhbar, lapor Sputnik.

Amerika Syarikat, Perancis, Jepun, Jerman dan India adalah lima negara teratas yang meminta data berkenaan sepanjang tempoh itu, menurut kenyataan itu.

Twitter juga menerima kira-kira 53,000 permintaan undang-undang daripada kerajaan di seluruh dunia supaya mengeluarkan kandungan, dengan majoriti permintaan dibuat oleh Jepun, Korea Selatan, Turkiye dan India, katanya.

Pada separuh pertama 2022, Twitter meminta pengguna mengeluarkan 6,586,109 kandungan yang melanggar peraturan syarikat, peningkatan sebanyak 29 peratus daripada separuh kedua 2021, menurut kenyataan itu.