- Iklan -
Berita

Singapura tetap jatuhi hukuman gantung lelaki miliki lebih 1kg ganja

Tangaraju disabitkan pada 2017 kerana 'bersubahat dalam konspirasi mengedar' 1,017.9g ganja, dua kali ganda jumlah minimum yang patut dikenakan hukuman mati.

AFP
2 minit bacaan
Kongsi
Penunjuk perasaan memegang sepanduk semasa demonstrasi menentang hukuman mati di Speakers' Corner di Singapura pada 3 April 2022. Gambar: AFP
Penunjuk perasaan memegang sepanduk semasa demonstrasi menentang hukuman mati di Speakers' Corner di Singapura pada 3 April 2022. Gambar: AFP

Seorang lelaki warga Singapura dijadualkan menjalani hukuman gantung minggu depan kerana bersubahat menyeludup sekilogram ganja, kata kumpulan hak asasi manusia, dalam hukuman mati pertama negara kota itu dalam tempoh enam bulan.

Menurut notis daripada jabatan penjara yang diterima oleh keluarganya dan disiarkan di media sosial oleh aktivis hak asasi manusia, warga Singapura Tangaraju Suppiah, 46, akan ke tali gantung pada Rabu.

Amnesty International mengecam keputusan itu pada Jumaat, menyebutnya "sangat kejam". 

“Jika dilaksanakan, pelaksanaan ini akan melanggar undang-undang antarabangsa dan menentang bantahan berterusan terhadap penggunaan hukuman mati di Singapura,” kata jurucakap pejabat wilayah Amnesty kepada AFP. 

Kebanyakan negara di dunia – termasuk di negara jiran Thailand – pemilikan ganja tidak lagi dianggap sebagai jenayah berat, dengan pihak berkuasa menukarkan sabitan kepada hukuman penjara.

Malah, kumpulan hak asasi manusia telah meningkatkan tekanan ke atas Singapura untuk menghapuskan hukuman mati.

Hab kewangan Asia itu mempunyai beberapa undang-undang anti-narkotik paling berat di dunia dan menegaskan hukuman mati kekal sebagai pencegahan berkesan terhadap segala bentuk pemerdagangan dadah. 

Tangaraju disabitkan pada 2017 kerana "bersubahat dalam konspirasi mengedar" 1,017.9g ganja, dua kali ganda jumlah minimum yang patut dikenakan hukuman mati. 

Dia dijatuhi hukuman mati pada 2018 dan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan itu.

Pendakwa raya berkata dia memiliki dua nombor telefon bimbit yang digunakan sebagai kenalan. 

"Apa yang amat membimbangkan ialah Tangaraju... bukan mengendalikan dadah itu," kata aktivis hak asasi manusia Kirsten Han kepada AFP. 

"Dia juga disoal siasat oleh polis tanpa peguam bela, dan mengatakan bahawa dia dinafikan untuk mendapatkan jurubahasa Tamil."

Hakim Mahkamah Tinggi Hoo Sheau Peng berkata mengikut undang-undang sesiapa yang bersubahat mereka juga didapati bersalah melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman yang sama. 

Hoo berkata "pertuduhan terhadap tertuduh telah dibuktikan tanpa keraguan munasabah". 

Singapura meneruskan hukuman gantung pada Mac 2022 selepas ditangguhkan lebih dua tahun. 

Sebanyak 11 hukuman mati telah dijalankan tahun lepas – semuanya atas kesalahan dadah. 

Antara individu dihukum gantung ialah Nagaenthran K Dharmalingam, yang pelaksanaannya mencetuskan bantahan global, termasuk dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan taikun British Richard Branson kerana dia merupakan orang kurang upaya dalam masalah pembelajaran. 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengatakan bahawa hukuman mati bukan langkah pencegahan berkesan di peringkat global dan tidak selari dengan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, yang hanya membenarkan hukuman mati bagi jenayah paling berat.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.