- Iklan -
Berita

Laporan ‘balai polis rahsia’ China di Britain sangat membimbangkan, kata menteri UK

Kerajaan China berkata terdapat balai di luar China yang dikendalikan oleh sukarelawan tempatan dan bukannya pegawai polis, bertujuan membantu warga republik itu memperbaharui dokumen dan menawarkan perkhidmatan lain.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Kepolisan Britain Chris Philp. Gambar: AFP
Menteri Kepolisan Britain Chris Philp. Gambar: AFP

Laporan ‘balai polis rahsia’ China di Britain sangat membimbangkan, kata menteri UK

Kerajaan China berkata terdapat balai di luar China yang dikendalikan oleh sukarelawan tempatan dan bukannya pegawai polis China yang bertujuan membantu warga republik itu memperbaharui dokumen dan menawarkan perkhidmatan lain.

Menteri Kepolisan Britain Chris Philp berkata bahawa laporan media mengenai “balai polis rahsia” China di Britain adalah "sangat membimbangkan", sambil menambah bahawa kerajaan bertekad untuk melindungi masyarakat daripada penindasan transnasional. 

"Laporan terbaru dalam The Times mengenai apa yang dipanggil sebagai balai polis di luar negara, sudah tentu, sangat membimbangkan," kata Philp kepada penggubal undang-undang. 

“Siasatan oleh komuniti penguatkuasa undang-undang sedang berjalan,” tambahnya. 

Awal minggu ini, ejen persekutuan Amerika Syarikat AS menahan dua penduduk New York kerana didakwa mengendalikan "balai polis rahsia" China di daerah Chinatown di Manhattan. 

Memetik contoh itu, Philp berkata kerajaan mengetahui kira-kira 100 balai sedemikian beroperasi di seluruh dunia. 

Menurut kerajaan China, terdapat balai di luar republik itu yang dikendalikan oleh sukarelawan tempatan dan bukannya pegawai polis.

Ia bertujuan membantu warga China memperbaharui dokumen dan menawarkan perkhidmatan lain.