- Iklan -
Luar Sana

67 juta kanak-kanak tidak divaksin semasa pandemik

Daripada jumlah itu, 48 juta kanak-kanak tidak mendapat sebarang vaksinasi, berdasarkan laporan agensi kanak-kanak PBB.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menurut data, keyakinan terhadap vaksin kanak-kanak menurun sebanyak 44% di beberapa negara semasa wabak itu. Gambar: Reuters
Menurut data, keyakinan terhadap vaksin kanak-kanak menurun sebanyak 44% di beberapa negara semasa wabak itu. Gambar: Reuters

Sekurang-kurangnya 67 juta kanak-kanak tidak lengkap divaksin antara 2019 dan 2021 akibat penutupan dan gangguan terhadap institusi kesihatan disebabkan oleh pandemik Covid-19, menurut Unicef dalam satu laporan pada Khamis.

Daripada jumlah itu, 48 juta kanak-kanak tidak mendapat sebarang vaksinasi, berdasarkan laporan agensi kanak-kanak PBB, bertajuk "The State of the World’s Children 2023: For Every Child, Vaccination".

"Vaksin menyelamatkan nyawa, tetapi terlalu ramai kanak-kanak di dunia tidak diberi vaksin. Pandemik Covid-19 hanya meningkatkan jumlah mereka," lapor Agensi Anadolu memetik laporan itu.

"Dalam tempoh tiga tahun yang lalu, sejak lebih sedekad hasil yang diperoleh dengan susah payah imunisasi rutin kanak-kanak telah terhakis.

"Dari segi peratusan, kanak-kanak yang divaksin jatuh 5 mata peratusan kepada 81%. Dalam erti kata lain, sekitar satu daripada lima kanak-kanak di seluruh dunia tidak dilindungi sepenuhnya daripada penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin,” menurut laporan itu.

Menurut data, keyakinan terhadap vaksin kanak-kanak menurun sebanyak 44% di beberapa negara semasa wabak itu.

Anadolu juga melaporkan Pengarah Eksekutif UNICEF Catherine Russell berkata data itu adalah isyarat yang membimbangkan.

"Kita tidak boleh membiarkan keyakinan terhadap imunisasi rutin mencetuskan wabak lain. 

“Jika tidak, gelombang kematian seterusnya mungkin mengakibatkan lebih ramai kanak-kanak yang menghidap campak, difteria atau penyakit lain yang boleh dicegah," katanya.