- Iklan -
Luar Sana

Israel lancar serangan udara di Lubnan

Ia berkata serangan membabitkan sasaran milik kumpulan penentang Palestin Hamas di selatan Lubnan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Garisan kepulan asap kelihatan di langit ketika roket dilancarkan dari Gaza, 7 April. Gambar: Reuters
Garisan kepulan asap kelihatan di langit ketika roket dilancarkan dari Gaza, 7 April. Gambar: Reuters

Tentera Israel melancarkan serangan udara di Lubnan pada Jumaat, beberapa jam selepas ia menyerang terowong di Gaza.

Tentera Israel berkata di Twitter bahawa ia kini melakukan serangan di Lubnan.

Ia berkata serangan membabitkan sasaran milik kumpulan penentang Palestin Hamas di selatan Lubnan, lapor Agensi Anadolu.

Pada awal Jumaat, tentera Israel menyerang dua terowong di Beit Hanoun dan Khan Yunis serta dua kilang senjata sebagai tindak balas kepada “ancaman keselamatan oleh Hamas”.

Mengulas serangan udara Israel itu, Hazem Kassem, jurucakap Hamas, berkata Israel memikul tanggungjawab penuh terhadap serangan dan pencerobohannya di Baitulmaqdis dan Gaza.

Kumpulan itu melancarkan roket dari Semenanjung Gaza menyasarkan Israel selepas serangan terbaru.

Tentera Israel juga mengeluarkan amaran di Twitter mengatakan siren berbunyi di selatan Israel.

 Perkembangan terbaru berlaku selepas tentera Israel menyerbu Dewan Solat Al-Qibli di kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki dan secara paksa mengusir jemaah Palestin dua malam berturut-turut.