- Iklan -
Luar Sana

Senat AS lulus rang undang-undang tamatkan darurat Covid negara

Senat meluluskan langkah itu pada Rabu dengan undian 68-23.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bangunan US Capitol di Washington, 1 Mac. Gambar: AFP
Bangunan US Capitol di Washington, 1 Mac. Gambar: AFP

Senat Amerika Syarikat (AS) meluluskan undang-undang menamatkan darurat negara ke atas Covid-19 dengan segera.

Senat meluluskan langkah itu pada Rabu dengan undian 68-23, lapor Sputnik.

Ketua Majoriti Senat AS Chuck Schumer dalam kenyataan awal berkata Presiden Joe Biden tidak akan membantah resolusi itu.

Biden sebelum ini merancang untuk menamatkan darurat nasional menjelang 11 Mei.

Darurat nasional berhubung pandemik Covid-19 diisytiharkan oleh bekas Presiden AS Donald Trump pada Mac 2020.