- Iklan -
Luar Sana

SVB buka semula perniagaan, minta pendeposit sertai kembali, kata ketua baru

SVB, minggu lalu, menjual portfolio bon sebanyak AS$21 bilion (kira-kira RM94 bilion) pada kerugian AS$1.8 bilion (kira-kira RM8 bilion).

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pejalan kaki dan penunggang basikal melepasi pejabat cawangan Silicon Valley Bank di pusat bandar San Francisco, California, Amerika Syarikat pada 13 Mac. Gambar: Reuters
Pejalan kaki dan penunggang basikal melepasi pejabat cawangan Silicon Valley Bank di pusat bandar San Francisco, California, Amerika Syarikat pada 13 Mac. Gambar: Reuters

Ketua baru Silicon Valley Bank (SVB) berkata institusi itu membuka semula perniagaan mereka, sambil meminta pendeposit memasukkan semula wang mereka. 

"Kami membuka semula perniagaan dan bekerja keras membawa semua sistem dan penyelesaian kembali dalam talian untuk menyokong anda. Kami membuat pinjaman baharu dan menghormati sepenuhnya kemudahan kredit sedia ada," kata Tim Mayopoulos dalam satu kenyataan. 

"Perkara nombor satu yang boleh anda lakukan untuk menyokong masa depan institusi ini ialah membantu kami membina semula pangkalan deposit kami, kedua-duanya dengan mendepositkan semula ke Silicon Valley Bridge Bank dan memindahkan balik deposit yang dikeluarkan beberapa hari lepas," tambahnya. 

SVB, minggu lalu, menjual portfolio bon sebanyak AS$21 bilion (kira-kira RM94 bilion) pada kerugian AS$1.8 bilion (kira-kira RM8 bilion), lapor Anadolu. 

Ia ditutup oleh Jabatan Perlindungan Kewangan dan Inovasi California, yang melantik Perbadanan Insurans Deposit Persekutuan (FDIC) sebagai penerima.