- Iklan -
Luar Sana

Parlimen Jepun pecat selebriti YouTube kerana tidak pernah hadir persidangan

Yoshikazu Higashitani, yang dikenali dengan nama panggilan GaaSyy, diarah memohon maaf atas ketidakhadirannya selama berbulan-bulan sejak awal Mac.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Perwakilan menghadiri sesi Parlimen Jepun di Tokyo pada 10 Mac. Gambar: AFP
Perwakilan menghadiri sesi Parlimen Jepun di Tokyo pada 10 Mac. Gambar: AFP

Selebriti YouTube terkenal yang dilantik sebagi wakil rakyat menjadi ahli Parlimen pertama dipecat dalam sejarah 70 tahun Parlimen Jepun hari ini kerana gagal menghadirkan diri ke persidangan walaupun sekali sejak pilihan raya Julai tahun lalu.

Yoshikazu Higashitani, yang dikenali dengan nama panggilan GaaSyy, diarah memohon maaf atas ketidakhadirannya selama berbulan-bulan sejak awal Mac. 

Namun ahli parlimen itu, merupakan salah seorang daripada dua perwakilan termasuk Seijika Joshi 48, atau "Gadis Politik 48", yang tidak menghadiri sesi parlimen tersebut. 

Higashitani, 51, tidak menjejakkan kaki ke Dewan Kaunselor sejak pilihan raya pada Julai 2022, walaupun secara dasarnya ahli Parlimen perlu hadir. 

Bekas ahli perniagaan dan selebriti YouTube itu sebaliknya kekal berada di rumahnya di Dubai, mendakwa beliau mungkin ditangkap jika pulang ke Jepun.

Higashitani dilaporkan berdepan soal siasat atas dakwaan fitnah.

Dewan tertinggi Jepun itu memutuskan pada hari Selasa untuk memecatnya daripada Parlimen. 

Tindakan itu dibuat secara rasmi pada Rabu – menjadikannya ahli Parlimen Jepun pertama yang dibuang sejak 1951, lapor media tempatan. 

Higashitani akan digantikan oleh ahli partinya yang lain. 

Parti tunggal Seijika Joshi berkempen untuk perubahan kepada penyiar awam Jepun dan sebelum ini dikenali sebagai Parti NHK.