Putera mahkota Saudi lancar syarikat penerbangan baharu Riyadh Air
Syarikat penerbangan nasional baharu itu akan memanfaatkan lokasi geografi strategik Arab Saudi antara tiga benua, membolehkan Riyadh menjadi pintu masuk utama dan destinasi global.
Terkini
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz Al Saud pada Ahad mengumumkan pelancaran syarikat penerbangan nasional baharu, Riyadh Air.
Syarikat penerbangan itu dimiliki sepenuhnya Dana Pelaburan Awam (PIF) kerajaan, dijangka menyumbang AS$20 bilion (RM90.34 bilion) kepada keluaran dalam negara kasar KDNK dan mewujudkan lebih 200,000 peluang pekerjaan, lapor Xinhua, memetik laporan Agensi Akhbar Saudi (SPA).
Syarikat penerbangan nasional baharu itu akan "memanfaatkan lokasi geografi strategik Arab Saudi antara tiga benua, membolehkan Riyadh menjadi pintu masuk utama dan destinasi global untuk pengangkutan, perdagangan dan pelancongan".
Syarikat penerbangan baharu itu akan beroperasi di Riyadh dan menjadi hab utamanya.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.