- Iklan -
Luar Sana

Michelle Yeoh menang pelakon wanita terbaik Oscar

Pelakon kelahiran Ipoh itu juga merupakan pelakon pertama berketurunan Asia Tenggara memenangi anugerah berprestij itu.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Michelle Yeoh menerima anugerah Oscar untuk Pelakon Wanita Terbaik bagi filem 'Everything Everywhere All at Once' ketika Anugerah Akademi (Oscars) ke-95 di Hollywood, Los Angeles, California, 12 Mac. Gambar: Reuters

Michelle Yeoh terus membanggakan Malaysia apabila memenangi Anugerah Akademi (Oscars) ke-95 kategori pelakon wanita terbaik menerusi lakonannya dalam filem drama komedi “Everything Everywhere All at Once”, yang turut dinobatkan Filem Terbaik.

Pelakon kelahiran Ipoh itu juga merupakan pelakon pertama berketurunan Asia Tenggara memenangi anugerah berprestij itu.

Kejayaan di pentas Oscar itu menambah trofi kemenangan Yeoh untuk filem yang sama termasuk Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe awal Januari, Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Screen Actors Guild (SAG) pada awal Februari dan yang terbaharu SpIRIT Awards untuk lakonan terbaik.

"Bagi semua kanak-kanak lelaki dan perempuan yang kelihatan seperti saya menonton malam ini, ini adalah harapan dan kemungkinan. Ini adalah bukti bahawa angan-angan dan impian besar menjadi kenyataan," kata Yeoh semasa menerima anugerahnya. 

"Dan wanita, jangan biarkan sesiapa pun mengatakan bahawa anda terlepas daripada kejayaan anda." 

Dalam filem "Everything Everywhere," Yeoh memegang watak sebagai Evelyn Wang, sedang bergelut untuk menyelesaikan cukainya ketika dia dihanyutkan ke alam semesta alternatif. 

Filem fiksyen sains itu merupakan kejayaan kritikal dan komersial. Yeoh memulakan kerjayanya dalam filem aksi di Hong Kong pada 1990-an dan membuat penampilan sulung di Hollywood ketika melakonkan watak sebagai ejen perisikan Cina pada 1997 dalam filem berjudul "Tomorrow Never Dies".