- Iklan -
Luar Sana

China catat hampir 40 juta perjalanan keluar-masuk dalam 2 bulan

Angka itu meningkat sebanyak 112.4% dari tahun ke tahun.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai mengambil swafoto di depan Drum Tower di Beijing, China, 5 Mac. Gambar: Reuters
Orang ramai mengambil swafoto di depan Drum Tower di Beijing, China, 5 Mac. Gambar: Reuters

China mencatatkan 39.72 juta perjalanan keluar-masuk bermula 8 Januari hingga 7 Mac, menunjukkan peningkatan dalam sektor pelancongan setelah sekatan Covid-19 dilonggarkan, menurut data Jabatan Imigresen. 

Angka tersebut meningkat sebanyak 112.4% tahun ke tahun.

Data menunjukkan 122,000 visa dan permit kediaman dikeluarkan oleh agensi imigresen di seluruh republik komunis itu menjelang 7 Mac.

Apabila negara itu membuka semula sempadan, rakyat China berduyun-duyun keluar melancong selepas terputus dari dunia luar sejak pandemik melanda.

Semasa sambutan Tahun Baru Cina pada akhir Januari, perjalanan bercuti meningkat di seluruh negara.

Bilangan individu yang masuk dan keluar negara melepasi 1.013 juta pada 25 Februari, melebihi satu juta dalam sehari untuk kali pertama sejak 2020, menurut Jabatan Imigresen Kebangsaan.