- Iklan -
Luar Sana

Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand jalin usaha sama dengan TikTok tangani berita palsu

Pusat pilihan raya akan diwujudkan di TikTok untuk mengendali semua maklumat salah di platform itu semasa pilihan raya dan kempen politik, menurut laporan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Logo TikTok di luar ibu pejabatnya di California, Amerika Syarikat, 15 September. Gambar: Reuters
Logo TikTok di luar ibu pejabatnya di California, Amerika Syarikat, 15 September. Gambar: Reuters

Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand menjalin kerjasama dengan TikTok untuk menyebarkan maklumat tepat tentang pilihan raya umum 2023 akan datang.

Agensi berita Vietnam (VNA) melaporkan bahawa pusat pilihan raya akan diwujudkan di TikTok untuk mengendali semua maklumat salah di platform itu semasa pilihan raya dan kempen untuk setiap parti politik.

Menurut pemilik TikTok, ByteDance terdapat 40.3 juta pengguna dewasa TikTok di Thailand.

Bagaimanapun, TikTok diharamkan di kebanyakan negara.

Di Amerika Syarikat, Rumah Putih memberi masa 30 hari kepada semua agensi persekutuan untuk memadam TikTok daripada semua peranti kerajaan.

Pada 27 Februari Kanada mengumumkan larangan penggunaan TikTok daripada semua peranti mudah alih kerajaan, menurut VNA.

Minggu lepas cawangan eksekutif Kesatuan Eropah turut melarang sementara pekerja daripada mengguna TikTok sebagai langkah keselamatan siber.