- Iklan -
Luar Sana

Twitter lancar dasar terhadap 'ucapan ganas'

Ia bagi memastikan keselamatan pengguna dan mencegah tindakan ganas dinormalisasi, menurut kenyataan gergasi media sosial itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Logo Twitter di ibu pejabat korporatnya di San Francisco, Amerika Syarikat. Gambar: Reuters
Logo Twitter di ibu pejabat korporatnya di San Francisco, Amerika Syarikat. Gambar: Reuters

Twitter pada Selasa mengumumkan bahawa ia melancarkan dasar terhadap "Ucapan Keganasan", lapor Agensi Anadolu.

Dalam ciapan di Twitter, syarikat itu menjelaskan bahawa pihaknya telah membuat beberapa perubahan pada dasar mengenai kandungan ganas dan bahasa yang serupa.

"Hari ini, kami secara rasmi melancarkan dasar Ucapan Keganasan kami, yang melarang sebarang bentuk ancaman ganas, keinginan untuk mencederakan, mengagungkan keganasan dan hasutan," menurut ciapan itu.

Syarikat itu memaklumkan bahawa Twitter ialah platform untuk orang ramai meluahkan perasaan mereka, mempelajari tentang isu semasa dan membahaskan isu global.

“Bagaimanapun, perkongsian yang sihat tidak dapat berkembang apabila ucapan ganas digunakan untuk menyampaikan mesej. 

“Oleh itu, kami mempunyai dasar toleransi sifar terhadap ucapan ganas bagi memastikan keselamatan pengguna dan mencegah tindakan ganas dinormalisasi.

"Twitter menggunakan pendekatan sifar toleransi terhadap ‘Ucapan Keganasan’ dan dalam kebanyakan kes, kami akan menggantung mana-mana akaun yang melanggar dasar ini,” menurut syarikat itu.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.