- Iklan -
Luar Sana

Twitter tamatkan khidmat 50 lagi pekerjanya

Langkah gergasi media sosial itu dilaporkan menjejaskan beberapa pasukan kejuruteraan, termasuk bahagian pengiklanan, aplikasi, serta infrastruktur teknikal.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Logo Twitter di ibu pejabatnya di San Francisco, California, Amerika Syarikat pada 18 November. Gambar: Reuters
Logo Twitter di ibu pejabatnya di San Francisco, California, Amerika Syarikat pada 18 November. Gambar: Reuters

Gergasi media sosial Twitter sekali lagi mengambil langkah mengurangkan kakitangannya dengan menamatkan perkhidmatan sekurang-kurangnya 50 pekerja, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Penamatan perkhidmatan itu dilaporkan menjejaskan beberapa pasukan kejuruteraan, termasuk mereka yang terlibat dalam pengiklanan, aplikasi Twitter utama, serta infrastruktur teknikal yang memastikan sistem Twitter beroperasi.

Kebanyakan firma teknologi utama Amerika Syarikat turut mengumumkan pemberhentian kakitangan atau membekukan pengambilan pekerja di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

Alphabet, syarikat induk gergasi carian Google merancang menamatkan perkhidmatan 12,000 kakitangan, manakala Microsoft (10,000), Amazon 18,000 atau kira-kira enam peratus daripada tenaga kerjanya, dan Meta sekitar 11,000 jawatan.

Pada awal November, Elon Musk memberhentikan kira-kira 3,700 pekerja Twitter.

Menurut laporan, Twitter kini mempunyai kira-kira 2,000 pekerja.