- Iklan -
Luar Sana

Kajian dapati jangkitan Covid-19 beri imuniti yang sama seperti vaksinasi

Menurut kajian, sepuluh bulan selepas dijangkiti Covid-19, setiap individu masih mempunyai risiko 88% lebih rendah untuk jangkitan semula, kemasukan ke hospital dan meninggal dunia.

AFP
2 minit bacaan
Kongsi
Gambar fail menunjukkan papan tanda ibu pejabat Moderna Therapeutics yang membangunkan vaksin Covid-19 di Massachusetts Amerika Syarikat, 18 Mei 2020. Gambar: Reuters
Gambar fail menunjukkan papan tanda ibu pejabat Moderna Therapeutics yang membangunkan vaksin Covid-19 di Massachusetts Amerika Syarikat, 18 Mei 2020. Gambar: Reuters

Perlindungan terhadap Covid-19 sebelum ini bergantung selagi mana seseorang itu masih mendapatkan suntikan vaksinasi, demikian menurut kajian terbesar yang dijalankan berhubung perkara tersebut, hari ini.

Sepuluh bulan selepas dijangkiti Covid-19, setiap individu masih mempunyai risiko 88% lebih rendah untuk jangkitan semula, kemasukan ke hospital dan meninggal dunia, menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Lancet. 

Menurut kajian itu, ini menjadikan imuniti semula jadi ini "mampu bertahan lama" berbanding dua dos vaksin Pfizer atau Moderna. 

Bagaimanapun, penulis menekankan bahawa penemuan mereka tidak seharusnya menghalang vaksinasi, yang kekal sebagai cara paling selamat untuk mendapatkan imuniti. 

Kajian itu, yang diketuai oleh Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), berkata ia merupakan analisis paling komprehensif mengenai tempoh perlindungan untuk pelbagai bentuk imuniti.

Penyelidik tersebut memantau 65 kajian dari 19 negara sehingga September 2022, ini bermakna beberapa data tersebut meliputi tempoh ketika Omicron melanda seluruh dunia. 

Omicron terbukti lebih cepat menular berbanding strain sebelumnya, tetapi gejalanya kurang teruk.

Individu yang mempunyai imuniti semula jadi daripada varian pra-Omicron melihat perlindungan mereka terhadap jangkitan semula hilang dengan lebih cepat daripada strain awal Omicron, menurun kepada 36% selepas 10 bulan, kata kajian itu. 

"Vaksin terus menjadi perkara penting kepada semua orang untuk melindungi populasi berisiko tinggi seperti mereka yang berumur lebih dari 60 tahun dan mereka yang mempunyai komorbiditi," kata pengarang bersama kajian itu Caroline Stein dari IHME dalam satu kenyataan. 

Kajian itu juga memberi gambaran yang lebih tepat tentang Covid-19 pada masa hadapan, kerana lebih ramai orang yang divaksinasi dan dijangkiti semula, mampu memperoleh "imuniti hibrid".

"Dalam jangka panjang, kebanyakan jangkitan akan berlaku pada orang yang mempunyai perlindungan yang kuat terhadap penyakit yang teruk susulan jangkitan sebelumnya, vaksinasi, atau kedua-duanya," kata Cheryl Cohen, ahli epidemiologi di Institut Penyakit Berjangkit Kebangsaan Afrika Selatan. 

"Keputusan ini menunjukkan bahawa, mungkin terdapat beban kemasukan ke hospital bermusim yang rendah" yang dikaitkan dengan Covid-19, kata Cohen dalam ulasan di Lancet.