- Iklan -
Luar Sana

Jepun kutuk pencerobohan belon China ke atas ruang udaranya

Ia percaya belon pengawasan China ceroboh ruang udaranya paling kurang tiga kali sejak 2019.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Bendera Cina dan Jepun, 21 Julai 2022. Gambar: Reuters
Bendera Cina dan Jepun, 21 Julai 2022. Gambar: Reuters

Pencerobohan ke atas ruang udara Jepun oleh belon pengawasan milik China sama sekali tidak boleh diterima, kata jurucakap kerajaan pada Rabu.

Kementerian Pertahanan Jepun berkata pada Selasa ia mengesyaki belon pengawasan China telah memasuki wilayah Jepun sekurang-kurangnya tiga kali sejak 2019.

"Hasil siasatan lanjut mengenai objek terbang berbentuk belon tertentu yang disahkan di ruang udara Jepun pada masa lalu, adalah sangat disyaki bahawa ia adalah belon pengawasan tanpa pemandu dari China," kata Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno kepada pemberita.

Kerajaan Jepun sedang menimbangkan keperluan melonggarkan penggunaan senjata untuk mempertahankan diri daripada pencerobohan ruang udaranya, lapor agensi berita Kyodo pada Rabu.

Perhatian terhadap pencerobohan di ruang udara Jepun meningkat sejak Amerika Syarikat menembak jatuh belon China awal bulan ini selain memberi taklimat kepada pegawai dari 40 negara mengenai objek tersebut.