- Iklan -
Luar Sana

Perisikan Rusia dakwa AS rekrut militan untuk serang Rusia

Kumpulan berkait Daesh dan al-Qaeda itu sedang menerima latihan di pangkalan tentera AS di Syria, menurut kenyataan SVR.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Bendera kumpulan militan Daesh. Gambar: AFP
Bendera kumpulan militan Daesh. Gambar: AFP

Perkhidmatan perisikan luar Rusia pada Isnin mendakwa ia telah menerima maklumat bahawa tentera Amerika Syarkat (AS) sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet.

Perkhidmatan Perisikan Luar Rusia (SVR) yang diketuai sekutu Presiden Vladimir Putin berkata, ia mempunyai risikan bahawa 60 militan daripada kumpulan yang berkait dengan Daesh dan al-Qaeda telah direkrut dan sedang menerima latihan di pangkalan AS di Syria.

“Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata SVR.

"Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," katanya dalam satu kenyataan.

Agensi itu tidak menerbitkan maklumat perisikan di sebalik dakwaannya manakala Reuters masih belum dapat mengesahkannya secara bebas.

SVR, pernah menjadi sebahagian daripada KGB era Soviet, diketuai oleh Sergei Naryshkin yang pada tahun lepas bertemu dengan Pengarah CIA William Burns di Ankara.

Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine mendorong hubungan dengan AS ke tahap paling teruk sejak era Perang Dingin.

Putin meletakkan AS sebagai sebuah empayar yang telah berulang kali enggan mengambil kira kepentingan Rusia sejak kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991. Presiden Joe Biden menganggap Putin sebagai seorang autokrat yang menjadi ancaman besar kepada AS.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi