China dakwa AS terbangkan lebih 10 belon ke ruang udaranya
Kenyataan Beijing itu muncul lebih seminggu selepas AS menembak jatuh belon yang didakwa sebagai alat pengintip China.
Terkini
China pada Isnin berkata belon altitud tinggi Amerika Syarikat (AS) telah terbang di atas ruang udaranya tanpa kebenaran lebih daripada 10 kali sejak awal Januari 2022.
Jurucakap kementerian luar China Wang Wenbin ketika menjawab soalan pada sidang media di Beijing, bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.
Ditanya bagaimana China bertindak balas terhadap penerbangan itu, Wang berkata tindak balas China terhadap insiden sedemikian adalah secara bertanggungjawab dan profesional.
Dakwaan China dibuat selepas AS awal bulan ini menembak jatuh belon "pengintip" China di pantai Carolina Selatan. Beijing berkata belon itu adalah untuk penyelidikan awam, menuduh Washington bertindak berlebihan.
Sejak itu, tentera AS kemudiannya menembak jatuh tiga lagi objek terbang asing di ruang udara sekitar Amerika Utara.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.