Salji lebat di Jepun ganggu penerbangan, kereta api, lebuh raya ditutup
Syarikat penerbangan domestik termasuk ANA, Japan Airlines dan lain-lain membatalkan sejumlah 100 penerbangan berikutan cuaca buruk setakat tengah hari.
Terkini
Salji lebat turun di sebahagian besar Jepun menyebabkan 100 penerbangan terkandas, memutuskan berpuluh-puluh jalan raya dan mengakibatkan perkhidmatan kereta api terganggu, kata pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan.
Syarikat penerbangan domestik termasuk ANA, Japan Airlines dan lain-lain membatalkan sejumlah 100 penerbangan berikutan cuaca buruk setakat tengah hari, menurut Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun.
Sebahagian daripada 31 lebuh raya ditutup di tengah dan timur Jepun, manakala 54 jalan keluar lebuh raya Tokyo tengah terputus, menurut kementerian itu.
Perkhidmatan di lebih 12 laluan kereta api di tengah dan timur Jepun menggantung operasi atau merancang untuk berbuat demikian.
East Japan Railway, pengendali kereta api terbesar di negara itu, berkata perkhidmatan tren berkelajuan tinggi antara Tokyo dan wilayah timur laut Yamagata akan digantung lewat hari ini.
Firma perkhidmatan penghantaran utama termasuk Yamato Transport dan Sagawa Express berkata perkhidmatan penghantaran mereka mungkin mengalami kelewatan hingga esok.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
