- Iklan -
Luar Sana

Singapura longgar peraturan Covid-19 terhadap pengembara

Pengembara yang tidak lengkap vaksin tidak perlu menunjukkan keputusan ujian saringan Covid-19 atau membeli insurans perjalanan penyakit tersebut bermula 13 Februari ini.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Pelancong mengambil gambar dengan menara pencakar langit di Singapura ketika menaiki bot di sekitar Marina Bay, 27 Januari. Gambar: Reuters
Pelancong mengambil gambar dengan menara pencakar langit di Singapura ketika menaiki bot di sekitar Marina Bay, 27 Januari. Gambar: Reuters

Singapura tidak lagi mewajibkan pengembara yang tidak lengkap vaksin untuk menunjukkan keputusan ujian saringan Covid-19 atau membeli insurans perjalanan virus itu mulai 13 Februari, kata pasukan petugas khas kerajaan hari ini.

Orang ramai juga tidak perlu memakai pelitup muka ketika berada di dalam pengangkutan awam, menurut kementerian kesihatan dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, pelitup muka masih diwajibkan di kemudahan kesihatan, di mana terdapat interaksi dengan pesakit dan di kawasan dalaman yang menghadap pesakit.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.