- Iklan -
Luar Sana

Rusia dakwa tawan kampung di pinggir Bakhmut

Moscow menjelaskan, secara beransur-ansur berjaya menduduki kawasan itu dalam beberapa minggu kebelakangan ini, terutamanya menawan bandar perlombongan garam Soledar ke utara Bakhmut.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota polis lengkap berpakaian jaket kalis peluru dan topi keledar membantu seorang kanak-kanak perempuan berpindah di bandar Bakhmu, 31 Januari. Gambar: Reuters
Anggota polis lengkap berpakaian jaket kalis peluru dan topi keledar membantu seorang kanak-kanak perempuan berpindah di bandar Bakhmu, 31 Januari. Gambar: Reuters

Rusia mendakwa berjaya menawan sebuah perkampungan di pinggir bandar utara Bakhmut, yang cuba dikepung dalam usaha mencapai sasaran terbesar sejak musim panas lalu.

Tiada maklumat lanjut dari Kyiv terhadap dakwaan Moscow berhubung situasi di Blahodatne, dan Reuters buat masa ini tidak dapat mengesahkan keadaan di sana. 

Ia berlaku tiga hari selepas ketua Wagner Group berkata tentera upahan berjaya merampas kampung itu ketika menangkis serangan dari Kyiv.

Kampung itu yang terletak di salah satu jalan utama ke Bakhmut, kira-kira 5km ke utara, ditawan dengan bantuan sokongan udara, kata kementerian pertahanan Moscow dalam satu kenyataan. 

Moscow menjelaskan, secara beransur-ansur berjaya menduduki kawasan itu dalam beberapa minggu kebelakangan ini, terutamanya menawan bandar perlombongan garam Soledar ke utara Bakhmut.

Sekiranya mereka memaksa Ukraine berundur dari bandar yang mempunyai kapasiti 75,000 orang itu, ia akan menjadi hadiah terbesar pertama Moscow sejak ia mengambil alih bandar Sievierodonetsk dan Lysychansk yang bersaiz sama pada Julai.

Semasa pertempuran di Bakhmut, dua orang awam, seorang kanak-kanak lelaki dan lelaki dewasa berusia 70 tahun, terbunuh dalam serangan meriam Rusia pada Selasa, kata gabenor wilayah Pavlo Kyrylenko. Katanya, empat lagi cedera dalam serangan itu. 

Secara berasingan, pasukan besar Rusia melancarkan serangan terhadap kubu Vuhledar yang dikuasai Ukraine minggu ini, lebih jauh ke selatan di sepanjang bahagian timur yang sama. 

Pegawai Rusia mendakwa sudah menaklukinya, manakala Kyiv berkata mereka berjaya menangkis sebahagian besar serangan itu setakat ini. 

Menurut Kementerian Pertahanan Britain, jumlah tentera Rusia yang terlibat dalam serangan terbaru di Vuhledar adalah sekurang-kurangnya sebesar satu briged, sebuah unit yang biasanya terdiri daripada beberapa ribu tentera.