- Iklan -
Luar Sana

Microsoft buang 10,000 pekerja tahun ini

Ini sekali gus memberi gambaran terbaharu bahawa isu pemberhentian pekerja semakin memuncak dalam sektor teknologi di Amerika Syarikat.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Logo Microsoft pada sebuah bangunan di bandar raya New York, Amerika Syarikat. Gambar: Reuters
Logo Microsoft pada sebuah bangunan di bandar raya New York, Amerika Syarikat. Gambar: Reuters

Microsoft Corp hari ini mengumumkan syarikat itu akan memberhentikan 10,000 pekerjanya menjelang akhir suku ketiga tahun ini.

Ini sekali gus memberi gambaran terbaharu bahawa isu pemberhentian pekerja semakin memuncak dalam sektor teknologi di Amerika Syarikat (AS) ketika syarikat bersiap sedia menghadapi kemelesetan ekonomi. 

Menurut Microsoft, pemberhentian pekerja dan kos berkaitan portfolio perkakasan serta perubahan lain akan menyumbang kepada perbelanjaan sebanyak kira-kira RM5.2 bilion pada suku kedua tahun ini, memberi kesan negatif sebanyak 12 sen ke atas keuntungan sesaham. 

Dalam nota kepada kakitangan yang dikongsi kepada Reuters, Ketua Eksekutif Microsoft Satya Nadella berkata pelanggan mahu "mengoptimumkan perbelanjaan digital mereka untuk melakukan lebih banyak perkara dengan harga yang lebih rendah" dan "berwaspada kerana beberapa bahagian di dunia sedang mengalami kemelesetan." 

Berita mengenai pemberhentian pekerja, yang dilaporkan oleh penerbitan media pada Selasa, disusuli beberapa pengurangan tahun lalu. 

Menurut Microsoft pada Julai tahun lepas sebilangan kecil peranan dihapuskan, manakala laman berita Axios pada Oktober melaporkan bahawa syarikat itu memberhentikan kurang 1,000 pekerja di beberapa bahagian. 

Firma yang diterajui Satya Nadella itu juga bergelut dengan kemerosotan dalam pasaran komputer peribadi selepas ledakan pandemik gagal, menyebabkan permintaan terhadap Windows dan beberapa perisian berkurangan.