- Iklan -
Dunia

India kesan 11 subvarian Omicron dari pelancong asing

Kementerian Kesihatan India berkata ia adalah gabungan varian baru dan sedia ada.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Pelawat antabangsa menolak bagasi di Terminal 3 di Indira Gandhi International Airport, New Delhi, India pada 14 Disember. Gambar: Reuters
Pelawat antabangsa menolak bagasi di Terminal 3 di Indira Gandhi International Airport, New Delhi, India pada 14 Disember. Gambar: Reuters

India mengesan 11 subvarian Covid-19 dalam kalangan pengembara antarabangsa yang tiba di negara itu dari 24 Disember hingga 3 Januari lalu.

Sumber Kementerian Kesihatan India berkata ia adalah gabungan varian baru dan sedia ada.

Varian yang dikesan adalah semua sublineage varian Omicron Covid-19, termasuk subvarian BA.5.2 dan sublineage subvarian BF.7, yang membawa wabak coronavirus di China, baru-baru ini.

Ratusan varian Covid-19 sedang menular di seluruh dunia, namun terdapat sejumlah varian membimbangkan dan sedang dipantau.

Sumber itu berkata, daripada 19,227 penumpang yang diuji dalam tempoh itu, 124 orang didapati positif.

Kerajaan India mewajibkan ujian negatif Covid-19 untuk ketibaan pengembara dari China, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Thailand.

Keperluan baharu itu adalah tambahan kepada ujian rawak ke atas 2% penumpang antarabangsa yang tiba di negara itu.