- Iklan -
Dunia

Pele meninggal dunia di usia 82 tahun

Pemain bola sepak legenda yang pernah memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali itu mengalami masalah kesihatan kronik termasuk penyakit buah pinggang dan kanser kolon.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Pemain bola sepak legenda Brazil, Pela mengangkat trofi Piala Dunia ketika temasya pembukaan Piala Dunia 2006 di Munich, Jerman pada 9 Jun 2006. Gambar: Reuters
Pemain bola sepak legenda Brazil, Pela mengangkat trofi Piala Dunia ketika temasya pembukaan Piala Dunia 2006 di Munich, Jerman pada 9 Jun 2006. Gambar: Reuters

Ikon bola sepak Brazil, Pele, pemenang Piala Dunia sebanyak tiga kali dan dianggap sebagai pemain terhebat sepanjang zaman, meninggal dunia pada Khamis di usia 82 tahun.

Pemergiannya menarik penghormatan dan takziah penghormatan daripada dunia sukan dan dan pemimpin negaranya.

Dalam sebuah kenyataan, Hospital Albert Einstein di Sao Paulo berkata kematiannya berpunca daripada "kegagalan fungsi organ," mengesahkan pengumuman daripada keluarga legenda sukan itu.

"Kami sangat menyayangimu. Rehatlah dengan tenang," tulis anak perempuan Kelly Nascimento di Instagram.

Dunia bola sepak turut mengucapkan takziah di mana mereka memberi penghormatan kepada "O Rei" (Raja), yang mengubah wajah sukan itu sepanjang kariernya sejak beliau masih remaja.

Bintang bola sepak Brazil Neymar berkata Pele "mengubah bola sepak menjadi seni," sementara Kylian Mbappe dari Perancis berkata legasinya "tidak akan pernah dilupakan," sementara Cristiano Ronaldo dari Portugal menggelarnya sebagai "inspirasi kepada jutaan orang."

Kapten Argentina yang memenangi Piala Dunia baru-baru ini, Lionel Messi pula dilihat hanya menulis: “Moga aman dikau di sana."

Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva turut membuat ciapan di Twitter: "Terima kasih, Pele."

Pele adalah satu-satunya pemain bola sepak yang pernah yang memenangi tiga Piala Dunia pada 1958, 1962 dan 1970.

Beliau mencatatkan rekod dunia dengan 1,281 gol dalam keseluruhan 1,363 perlawanan yang disertainya sepanjang 21 tahun karier profesionalnya.