3 tentera Rusia maut terkena serpihan dron
Mangsa turut termasuk seorang petugas unit teknikal di lapangan terbang tentera Saratov.
Terkini
Sebuah dron Ukraine ditembak jatuh berhampiran lapangan terbang tentera Engels di wilayah Saratov Rusia yang turut mengorbankan tiga tentera Rusia selepas terkena serpihan dron itu, lapor Sputnik.
"Pada 26 Disember, kira-kira 1.35 waktu Moscow pada 25 Disember, sebuah dron Ukraine ditembak jatuh pada altitud rendah ketika menghampiri lapangan terbang tentera Engels di wilayah Saratov.
"Serpihan dron itu telah menyebabkan petugas unit teknikal yang berada di lapangan terbang itu maut," menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Rusia pada Isnin.
Peralatan penerbangan tidak mengalami kerosakan akibat kejadian itu.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.