- Iklan -
Dunia

Gempa bumi kuat landa Jawa Barat

Gegaran turut dirasai di Jakarta Selatan iaitu kira-kira 92km dari pusat gempa.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai berkumpul di lobi dan kawasan lapang selepas gempa bumi dirasai di Jakarta, 92 km dari pusat gempa bumi di Jawa Barat. Gambar: Reuters
Orang ramai berkumpul di lobi dan kawasan lapang selepas gempa bumi dirasai di Jakarta, 92 km dari pusat gempa bumi di Jawa Barat. Gambar: Reuters

Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan bandar Sukabumi di Jawa Barat pada Khamis, menurut Agensi Geofizik Indonesia (BMKG).

Gempa berlaku pada 7.50 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa dilaporkan di 22km tenggara bandar pada kedalaman 104 km. 

Gegaran turut dirasai di Jakarta Selatan iaitu kira-kira 92km dari pusat gempa.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan kerosakan harta benda atau kecederaan dilaporkan setakat ini.