- Iklan -
Dunia

Seorang terbunuh dalam letupan bom di balai polis Indonesia

Menurut laporan, korban adalah suspek pengebom itu sendiri.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Pegawai polis berkawal di sekitar kawasan kejadian letupan di Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Gambar: Reuters
Pegawai polis berkawal di sekitar kawasan kejadian letupan di Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Gambar: Reuters

Seorang maut dan beberapa lagi cedera dalam kejadian letupan bom di sebuah balai polis di Jawa Barat, Indonesia sejurus selepas seorang lelaki bersenjatakan pisau memasuki bangunan itu, kata polis.

Pegawai Polis Bandung Aswin Sipayung memberitahu Metro TV bahawa letupan berlaku sejurus selepas lelaki itu masuk ke dalam bangunan polis pada kira-kira 8.20 pagi.

Jurucakap polis Ahmad Ramadhan memberitahu laman sesawang berita detik.com bahawa orang yang terbunuh adalah suspek serangan itu.

Polis tidak memberi maklum balas segera ketika dihubungi.

Rakaman Metro TV menunjukkan kerosakan struktur balai polis, dan asap naik dari tempat kejadian. 

Penduduk memberitahu media tempatan mereka mendengar letupan yang kuat ketika kejadian

Kumpulan militan sering melakukan serangan di negara majoriti Islam terbesar di dunia itu, termasuk di gereja, balai polis dan tempat yang sering dikunjungi warga asing.

Dalam usaha untuk membanteras ktiviti keganasan, Indonesia mewujudkan undang-undang anti keganasan baru yang keras sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas pengeboman berani mati dikaitkan dengan Jamaah Ansharut Daulah (JAD) yang diilhamkan gerakan Daesh.