- Iklan -
Dunia

CEO Meta mengaku bertanggungjawab isu pengurangan pekerja

Menurut Mark Zuckerberg, Meta 'terlalu optimis' dengan unjuran masa depannya.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Logo Meta Platforms yang dilihat di Davos, Switzerland pada 22 Mei lalu. Gambar: Reuters
Logo Meta Platforms yang dilihat di Davos, Switzerland pada 22 Mei lalu. Gambar: Reuters

Ketua Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg mengaku bertanggungjawab ke atas pemberhentian besar-besaran pekerjanya berkuat kuasa pada Rabu, lapor Sputnik memetik laporan Wall Street Journal pada Selasa.

Beribu-ribu pekerja Meta dijangka diberhentikan bagi mengurangkan tenaga kerja dalam sektor teknologi itu dan ia adalah yang pertama dalam sejarah 18 tahun syarikat itu.

Zuckerberg mengumumkan pemberhentian pekerja ketika sesi mesyuarat dengan eksekutif syarikat pada awal Selasa dan mengakui bahawa syarikat itu telah menggaji pekerja terlalu ramai kerana "terlalu optimis" dengan unjuran masa depannya.

Pekerja yang diberhentikan akan mendapat sekurang-kurangnya gaji pemberhentian empat bulan, laporan itu memetik Ketua Sumber Manusia Meta Lori Goler.

Pada September, Meta melaporkan bahawa lebih dari 87,000 pekerja bekerja untuk syarikat itu.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.