Akta tahanan rumah: Mat Sabu perlu bawa ke Kabinet, bukan seru NGO
Menteri Pakatan Harapan sudah terlupa bahawa mereka adalah menteri.
Terkini
Mohamad Sabu menyeru NGO supaya mengusahakan penggubalan satu akta baharu untuk membolehkan tahanan di rumah bagi semua pesalah.
Seruan ini sudah terbalik dan luar tabi'e. Biasanya NGO yang membuat seruan kepada menteri. Tetapi nampaknya, menteri Pakatan Harapan sudah terlupa bahawa mereka adalah menteri sehingga menteri pula membuat seruan kepada NGO.
Bagi saya, Mohamad cuba untuk berlakon sahaja. Sengaja mahu mencari publisiti.
Kalau betul beliau mahukan akta baharu, maka sebagai menteri, beliau boleh terus menyuarakan idea ini kepada Kabinet dan mendapatkan persetujuan Kabinet untuk mengarahkan peguam negara menyediakan RUU tersebut. Itu baru betul sebagai menteri yang bekerja.
Kalau hanya mahu berlakon dan mencari publisiti, lebih baik presiden Amanah itu meletakkan jawatan sebagai menteri.
Jangan buang masa rakyat dengan lakonan yang tidak laku. Kalau mahu mengikut jejak langkah DAP memprotes titah Agong, saya sarankan letak jawatan seperti yang dilakukan Anthony Loke.
Lebih ramai letak jawatan, lebih baik untuk negara. Malaysia boleh dibersihkan daripada menteri-menteri yang menyanggah titah Raja-Raja Melayu.
Wan Saiful Wan Jan ialah ahli Parlimen Tasek Gelugor dan naib presiden Parti Wawasan Negara.
Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow.
Lihat lebih banyak liputan kami dalam hasil carian anda.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
