Perancis rekod Oktober paling panas sejak 1945
Menurut Meteo-France, purata suhu Oktober di Perancis adalah kira-kira 3.5 darjah Celsius lebih tinggi daripada biasa di seluruh negara.
Terkini
Oktober tahun ini direkodkan sebagai bulan paling panas di Perancis sejak 1945, dengan suhu purata mencecah 17.2 darjah Celsius, menurut perkhidmatan meteorologi Perancis Meteo-France pada Rabu.
Purata suhu Oktober adalah kira-kira 3.5 darjah Celsius lebih tinggi daripada biasa di seluruh negara, lapor Xinhua memetik kenyataan Meteo-France.
Perkhidmatan meterologi memaklumkan bahawa suhu purata yang direkodkan di 30 stesen cuaca di seluruh Perancis kekal di atas paras normal sejak 2 Oktober.
Cuaca panas yang tidak pernah berlaku sebelum ini disertai dengan kejadian ribut petir melanda sebahagian besar negara itu pada Oktober 23, hingga menyebabkan kerosakan, terutamanya di utara Perancis.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.