Varian baru punca kes Covid meningkat di AS
Kes jangkitan membabitkan dua varian baru BQ.1 dan BQ.1.1 semakin melonjak di negara itu.
Terkini
Kes Covid-19 yang disebabkan varian baru menunjukkan peningkatan di Amerika Syarikat (AS), menurut data terbaru Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS pada Isnin.
Xinhua melaporkan kes jangkitan membabitkan dua varian baru BQ.1 dan BQ.1.1 semakin melonjak.
Pada awal Oktober, setiap satu varian menyumbang kira-kira 1% jangkitan baru di AS dan menunjukkan peningkatan dua kali ganda setiap minggu.
Menurut data terbaru itu, BQ.1 membawa kepada kira-kira 14% jangkitan baru di negara ini pada minggu berakhir 29 Oktober manakala BQ.1.1 menyumbang 13.1% jangkitan baru.
Kedua-dua varian itu menyumbang lebih satu daripada empat jangkitan Covid-19 baru di seluruh negara.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.