- Iklan -
Dunia

PM UK Liz Truss mohon maaf berhubung pengumuman belanjawan mini

Pengumuman belanjawan mini oleh Liz Truss baru-baru ini memberikan kesan kepada pasaran kewangan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Liz Truss ketika bercakap pada sidang media di Downing Street, London pada 14 Oktober lalu. Gambar: AFP
Perdana Menteri Liz Truss ketika bercakap pada sidang media di Downing Street, London pada 14 Oktober lalu. Gambar: AFP

Perdana Menteri Britain Liz Truss memohon maaf susulan pengumuman belanjawan mini baru-baru ini telah memberikan kesan kepada pasaran kewangan.

"Saya memohon maaf atas kesilapan yang telah saya lakukan dan mengaku bertanggungjawab,” kata kata Truss dalam satu sidang media pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

Susulan itu, kedudukan Truss sebagai perdana menteri dilihat tergugat dengan segelintir ahli parlimen secara terbuka meminta beliau meletakan jawatan.

Bagaimanapun, beliau berikrar untuk memimpin Konservatif dalam pilihan raya umum akan datang.

“Saya akui terdapat kesilapan. Saya telah bertindak segera untuk membetulkan kesilapan itu. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah bergerak ke hadapan dan bekerja untuk negara kerana perkara itu lebih penting untuk rakyat,” katanya.

Dalam temu bual berasingan dengan Sky News pada lewat Isnin,  Menteri Kewangan baharu Jeremy Hunt menyeru Konservatif untuk terus menyokong Truss sebagai perdana menteri.

Dalam satu siaran televisyen pada Isnin pagi, Menteri Kewangan baru Jeremy Hunt telah mengumumkan beberapa pindaan telah dibuat berhubung pemotongan cukai dan belanjawan mini berkenaan.

Beliau berkata akan ada "keputusan yang sukar" pada masa akan datang dalam usahanya untuk meningkatkan kredibiliti kewangan Britain di pasaran global.