- Iklan -
Dunia

Kes pembunuhan meningkat di Mexico pada 2022

Dalam tempoh tiga hari bermula Jumaat lalu, Mexico merekodkan 283 kes bunuh.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota keselamatan berkawal di satu lokasi jenayah Roma Norte, Mexico pada 29 Oktober 2020. Gambar: AFP
Anggota keselamatan berkawal di satu lokasi jenayah Roma Norte, Mexico pada 29 Oktober 2020. Gambar: AFP

Mexico mencatatkan 283 kes pembunuhan dalam tempoh tiga hari lepas, menurut pihak berkuasa pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

Menurut laporan harian Kementerian Keselamatan dan Perlindungan Rakyat melaporkan 93 pembunuhan pada Jumaat, 107 (Sabtu) dan 83 (Ahad).

Guanajuato, Jalisco dan Michoacan ialah negeri yang mencatatkan jumlah kes pembunuhan paling banyak.

Sementara negeri Jalisco melaporkan paling banyak pembunuhan pada Jumaat iaitu 14 kes, Guanajuato pula mencatatkan lebih 20 kes pada Sabtu.

Pada malam Sabtu, pihak berkuasa di Guanajuato menerima laporan mengenai kejadian tembakan di perbandaran Irapuato, enam lelaki dan enam wanita maut di sebuah bar.

Kejadian itu yang kedua berlaku di Guanajuato dalam tempoh sebulan. Pada 21 September, lelaki bersenjata tidak dikenali menyerbu sebuah bar di perbandaran Tarimoro di Guanajuato meragut 10 nyawa.

Peningkatan terbaru dalam keganasan terancang yang direkodkan di negara itu, antara lain didakwa  berpunca daripada kelemahan Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador yang enggan mengubah strategi keselamatan.

Sebaliknya, Obrador menyatakan strategi keselamatan awamnya telah membuahkan hasil positif.

Bagaimanapun, sejak beliau menjadi presiden pada Disember 2018 lebih 34,000 pembunuhan dilaporkan dalam tempoh setahun.

Pada awal bulan ini Kongres Mexico meluluskan rang undang-undang untuk tentera Mexico melakukan rondaan di jalan-jalan, satu langkah yang menimbulkan kebimbangan kerana kadar kes pembunuhan masih tidak berkurangan.