- Iklan -
Dunia

Angka korban letupan bunuh diri di Afghanistan meningkat 53 orang

Tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab atas serangan itu setakat ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota Taliban (kanan) mengarahkan orang ramai menunggu bagi merentas sempadan menuju Pakistan di Spin Boldak pada 3 November 2021. Gambar: AFP
Anggota Taliban (kanan) mengarahkan orang ramai menunggu bagi merentas sempadan menuju Pakistan di Spin Boldak pada 3 November 2021. Gambar: AFP

Angka kematian akibat kejadian pengeboman bunuh diri di pinggir barat bandar Kabul kini mencecah 53 orang pada Jumaat, lapor Xinhua, memetik Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Afghanistan (Unama) pada Isnin.

“Angka korban akibat pengeboman di bilik darjah di Hazara, Kabul pada Jumaat meningkat: 53 disahkan terbunuh membabitkan 46 kanak-kanak perempuan dan remaja, manakala 110 lagi cedera. 

“Pasukan hak asasi manusia terus mendokumentasikan jenayah itu," menurut misi PBB menerusi ciapan di Twitter.

Letupan menggegarkan sebuah pusat pendidikan di kawasan barat Kabul pada pagi Jumaat di mana sebilangan besar pelajar sedang melakukan persiapan menghadapi peperiksaan.

Tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab atas serangan itu setakat ini.