- Iklan -
Dunia

Letupan bunuh diri di pusat pendidikan di Kabul ragut 19 nyawa

Seramai 27 lagi mangsa tercedera akibat serangan letupan itu.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang anggota Taliban berkawal di jalan raya Kabul pada 29 Jun. Gambar: AFP
Seorang anggota Taliban berkawal di jalan raya Kabul pada 29 Jun. Gambar: AFP

Serangan letupan bunuh diri di sebuah institusi pendidikan di Kabul, ibu negara Afghanistan mengorbankan seramai 19 orang dan mencederakan puluhan yang lain, kata polis.

Bagaimanapun, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Ramai penduduk di kawasan barat negara itu adalah daripada etnik minoriti Hazara yang sering menjadi sasaran kumpulan militan Daesh.

Jurucakap polis, Khalid Zadran, berkata seramai 27 lagi mangsa tercedera akibat serangan letupan itu.

Katanya, serangan berlaku ketika pelajar sedang bersiap sedia untuk peperiksaan.

"Menyerang orang awam membuktikan tindakan kejam musuh yang tidak berperikemanusiaan dan tidak bermoral," katanya.

Angka kematian rasmi dijangka akan meningkat di mana sumber hospital berkata 23 orang telah terbunuh. 

Sementara sumber Taliban berkata 33 orang telah terbunuh dan pelajar perempuan adalah antara mereka terkorban.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.