Presiden AS beri penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth
Joe Biden dan isteri menghadiri istiadat pemakaman dan akan berangkat ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Terkini
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan isteri Jill Biden pada Ahad memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II di Westminster Hall, London, lapor Agensi Anadolu.
Biden berada di London untuk menghadiri istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II dan akan berlepas pulang ke New York sejurus selepas itu untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).
Istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II yang mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland selepas 70 tahun menduduki takhta itu dijadual diadakan pada Isnin (19 September).
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.