- Iklan -
Luar Sana

Kerajaan UK belanja £162 juta untuk pemakaman Ratu Elizabeth

Pejabat Dalam Negeri, yang bertanggungjawab untuk dalam hal kepolisan dan keselamatan negara, menyumbang bahagian terbesar daripada jumlah itu, dengan kos £73.7 juta.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Keranda Ratu Elizabeth Britain dibawa keluar dari Westminster Abbey selepas upacara pada hari pemakaman negara, di London, Britain, 19 September 2022. Gambar: Reuters
Keranda Ratu Elizabeth Britain dibawa keluar dari Westminster Abbey selepas upacara pada hari pemakaman negara, di London, Britain, 19 September 2022. Gambar: Reuters

Jabatan kerajaan Britain dianggar membelanjakan sejumlah £161.7 juta (kira-kira RM925.5 juta) untuk pemakaman negara Ratu Elizabeth dan acara berkaitan, kata Perbendaharaan pada Khamis.

Negara itu berkabung dalam tempoh 10 hari selepas ratu paling lama memerintah Britain itu mangkat pada usia 96 tahun, 8 September tahun lalu.

Acara diakhiri dengan pemakaman negeri pada 19 September. 

Pada ketika itu keranda Elizabeth disimpan di Katedral Edinburgh sebelum dipindahkan ke London, di mana dianggarkan 250,000 orang beratur bagi memberi penghormatan terakhir di Dewan Westminster.

Pewaris takhta, Raja Charles, juga memulakan lawatan ke empat negara Britain bersama perdana menteri ketika itu Liz Truss. 

"Keutamaan kerajaan ialah acara ini berjalan lancar dan dengan tahap yang sesuai, sambil pada setiap masa memastikan keselamatan dan perlindungan terhadap orang ramai," kata John Glen, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, dalam satu kenyataan kepada Parlimen.

Pejabat Dalam Negeri, yang bertanggungjawab dalam hal kepolisan dan keselamatan negara, menyumbang bahagian terbesar daripada jumlah itu, dengan kos £73.7 juta. 

Polis Metropolitan London berkata ketika itu pemakaman adalah acara kepolisan terbesar dalam sejarahnya, dengan orang kenamaan dari seluruh dunia hadir.